Tahun 2014 dan cukai anda

Tahun ni banyak juga beri kesan kepada cukai kita. Bajet 2014 beri nafas lega kepada golongan pertengahan. Jadi apa perancangan cukai anda tahun ini?

Tagged with: ,
Posted in Uncategorized

Kontrak kerja tamat

Bila kontrak kerja dah habis, selalunya akan dapat ganjaran. Tapi ganjaran akan dibayar setelah mendapat surat pelepasan cukai. Jadi mintalah majikan cepat-cepat isi borang cp22A. Borang ada di hasil.gov.my . Hantar borang terus ke cawangan lhdn yang mengendalikan fail. In shaa Allah, sekejap je dapat surat pelepasan cukai jika tiada masalah.

Tagged with: , ,
Posted in Uncategorized

Tarikh hantar borang ikut e filing dilanjutkan

Seperti tahun lepas, kebaikan menghantar borang cukai secara e filing menguntungkan dari segi lanjutan masa sehingga 15 mei 2013. Ini bermakna bayaran cukai perlu dibuat sehingga 15 mei. Ini adalah satu peluang untuk mengoptimumkan penggunaan wang kita terutama yang mempunyai housing loan yang bersifat full flexi dan daily rest. 15 hari duit cukai tersebut digunakan untuk mengurangkan kadar faedah.

Tagged with: , , ,
Posted in Uncategorized

Hantar Borang Cukai

Hari ini sudah 26hb. Maknanya ada beberapa hari lagi nak kena hantar borang cukai bagi kita yang makan gaji ni. Ketika ini kita sudah menerima ea/ec iaitu penyata gaji tahunan. Ambil sahaja jumlah yang tertera di penyata tersebut dan isikan dalam borang cukai.
Sangat mudah. Antara item yang penting ialah potongan pcb, kwsp dan zakat. Pastikan jumlah pcb ini betul terutama bagi kita yang terlebih bayar. Nanti nak tuntut pembayaran balik.

Posted in Uncategorized

Apa nak buat kalau potongan CP38 terlalu tinggi?

Berdasarkan pengalaman,  lhdn ni sangat bertolak ansur dengan pembayar cukai. Jadi kalau cp38 sangat tinggi dan membebankan, eloklah
terus menghubungi pihak lhdn. Merayu dan kemukakan segala dokumen yang diminta. In shaa Allah kalau ada rezeki kita, cp38 boleh dikurangkan dan tempoh dipanjangkan.Tapi ingat tiada jaminan rayuan diterima.

Tagged with:
Posted in Uncategorized

Untung daripada e commerce kena cukai tak?

Kat website hasil.gov.my dah ada garis panduan untuk layanan cukai bagi e commerce.  Jadi kepada yang terlibat dengan activiti e commerce baik semak sama ada profit kita tu kena cukai ke tidak. Secara umumnya, fakta di mana berlakunya urusan perniagaan lebih memberi kesan bukannya lokasi server.

Tagged with: , , ,
Posted in Uncategorized

Kelebihan e filing

Rugi kalau hantar borang secara manual. Pertama nak kena photostat untuk simpanan. Kedua kena isi nama dan maklumat lain yang sama macam borang tahun lepas. Ketiga kena kira cukai sendiri. Keempat kebarangkalian tersilap tuntut maximum tinggi. Kelima nota nak kena rujuk secara manual. Keenam lambat dapat refund kalau terlebih bayar. Ketujuh nak kena pegi pos…dan lain-lain lagi…kesimpulannya dengan e filing semua masalah tadi takda.

Tagged with: , ,
Posted in Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.